buat : farah, aisyah, ct, iman, sarah, liyana, wan
Post nie bkn nk manambahkan kesedihan di hati yang sedang bersedih,,
Bukan nak menambahkan garam di hati yang luka,,
Bukan juga nak menconteng arang di muka sesiapa..
Walau siapa aku di matamu,,
aku tahu,, yang kau akan selalu di hatiku..
Buat kau yang telah ataupun akan ku sakiti hatimu,,
Aku tak berniat langsung nak buat camtu..
Episod luka yang ku isi dalam kehidupanmu,,
bukan untuk buat kau bersedih..
Cuma aku hanya ingin menambahkan memori tentangku dalam dirimu..
Aku tahu dan aku yakin,,
episod luka yang telah ku cipta dalam dirimu pasti membuat kan kau tersenyum sendiri saat mengingatiku di kemudian hari..
Andai kita terpisah satu hari nanti,,
Aku pasti,, diriku akan muncul di benakmu,,
Tatkala kau mengingati kisah silam,,
Yang dipenuhi suka duka dalam persahabatan..
Maaf andai aku tersalah bicara,,
Andai aku terleka berbicara hingga kau terasa,,
Bukan niatku,,
Bukan maksudku,,
Kerna ku sekadar ingin buat kau terketawa,,
Tapi,, aku terlanjur hingga buat kau terasa..
Persahabatan kita dihiasi suka dan duka,,
Walaupun lebih banyak pahit dari manisnya,,
Aku yakin,,
Kepahitan hanya tinggal kepahitan,, apabila kita membawa haluan masing-masing nanti..
Akhir dariku,,
Maaf seandainya bicaraku bukan bicara berhemah seperti yang lain,,
Maaf sekiranya pemikiranku tak sematang yang lain,,
Maaf juga jika bahasaku tidak selembut kalian,,
Ini kerana aku juga tak mahu hariku sunyi tanpa memori tentang kalian,,
Tak adil jika hanya kalian punya memori tentangku,,
Dan aku teramatlah pasti,, kejadian hari ini akan membuatkan ku ketawa nanti..
Labels: nukilan buat kamu