Panjang kan tajuk post kali ni?
Aku keliru dengan pilihan tersebut..
Yang mana satu yang aku nak pilih..
Antara benci dan sayang..
Yang mana satu mampu menyenangkan??
Antara persahabatan dan permusuhan..
Yang mana yang ku idamkan??
Perlukah aku memaafkan nya??
Atau wajarkah aku menghukum nya??
Mungkin aku pernah melakukan kesalahan padanya..
Tapi.. Sebesar mana kesalahanku??
Pantaskah dia 'menghukum' aku tanpa memberitahu apa salah aku??
Kalau pun patut.. Cara 'hukumannya' salah..
Masih wujudkah kata perdamaian antara kami??
Atau hanya jelingan sebagai tanda bermulanya perang dingin??
Aku bukanlah seorang pendendam..
Tak pernah ku simpan sekelumit dendam padanya walau kesalahan itu telah berulang kali dilakukan..
Banyak ulangannya dalam berbagai versi..
Tapi.. 'Objektif' nya masih sama.. Iaitu MENCURI!!
Aku tak pernah membenci dia atas khilafnya yang dulu..
Tapi,, bila ada 'siaran ulangan',, hatiku jadi beku..
Beku untuk memaafkan..
Beku untuk menerima sebarang alasan..
Mungkin aku bukan sahabat terbaik buatnya..
Tapi.. Aku pelik.. Mengapa dia sanggup melakukan perkara yang menyusahkanku bahkan lebih teruk.. Bakal menconteng arang di mukanya sendiri..
MENGAPA??
Jahil benarkah dia?
Atau mungkin terlalu dimanjai?
Aku tak tau..
Jawapan ada padanya.........
Wahai engkau yang ku panggil sahabat..
Kembalilah ke jalan yang lurus..
Aku takkan menyuruhmu kembali ke pangkal jalan.. Kerana aku tau.. Kau sudah jauh dari pangkal jalan.. Tak takutkah kau akan dosa??
Ya.. Aku tak sempurna.. Tapi.. Aku masih boleh berfikir tentang apa yang ku lakukan..
Aku sentiasa menunggu permohonan maaf darimu..
'Mangsa-mangsa' mu yang lain juga begitu.. Masih berharap untuk melihatmu berubah.. Meski kami sudah lali dengan perangaimu.. Kami masih menanti untuk melihat perubahan dalam dirimu..
Meski dikala kau dalam dilema,, kau menyebut YA RABBI!! Mengapa tidak ketika dalam keadaan yang menyenangkan kau menyebut juga kalimah-kalimah suci?? Terpulang pada kau sahabat..
Sekian saja coretan ku buatmu..
Cukuplah kau mengenaliku dengan nama,,,
Sahabat yang berharap dan terus berharap....
*Anda baru selesai membaca harapan seseorang kepada sahabatnya.. Atau lebih tepat lagi beberapa orang..
*Maaf kerana ayat terlalu skema..
Labels: post