Pendam
8:33 AM - Tuesday, March 29, 2011
Aku rasa hari ni nak bercakap pasal pendam..
Sebab bila difikir-fikir..
Ramai orang yang suka memendam..
Bukan pendam dendam..
Bukan jugak cinta yang terpendam..
Tapi, memendam perasaan..
Nape kita perlu pendam perasaan?
Sedangkan.. Kalau kita luahkan kita akan lebih lega..
Aku tak bermaksud kita kena ceritakan semuanya..
Cuma, sekali sekala apa salahnya kalau kita berkongsi apa yang kita rasa dengan orang yang kita percaya..
Kongsi cerita dengan orang yang kita tau dia mampu tenangkan perasaan kita..
Share dengan orang yang mampu menaikkan semangat bukannya menjatuhkan semangat kita..
Tak salahkan?
So, kenapa tidak sekali dalam seumur hidup kita cuba letakkan kepercayaan kita dekat seseorang?
Sebab.. kalau kita cerita masalah kita, jiwa insyaallah akan rasa lagi lega..
Percaya la cakap aku..
Semakin kita pendam rasa..
Semakin kita akan merana..
Sebab tuhan dah jadikan hidup untuk kita berkongsi..
Bukan untuk kita merana seorang diri..
Tuhan dah sediakan seorang teman untuk kita share susah senang..
So, tak salahkan kalau kita guna 'kemudahan' yang tuhan sediakan untuk kita?
Takkan jatuh martabat seorang manusia kalau berkongsi rasa..
Takkan runtuh ego manusia, kalau menangis di hadapan pencipta..
Tak pernah lagi dalam sejarah.. Manusia dipandang hina sebab dia meluahkan perasaan kepada orang yang boleh dianggap teman..
So.. Jangan risau..
Once in a blue moon..
Kenapa tidak, cari seseorang yang boleh menenangkan perasaan kita..
kata 'dia',
manusia takkan boleh berjaya jika hatinya merana dengan derita yang terpendam..
kerana deritanya akan menular ke jiwa dan mengganggu kosentrasinya..
tamat~Labels: post
Terrorist Menjelma Lagi..
6:41 PM - Saturday, March 26, 2011
Hish..
Aku tak tau la nak buat ape dengan terrorist mental dalam rumah aku ni..
Kadang2 rasa nak lempang..
Kadang2 rasa nak sepak biar melayang..
Tapi, macam aku kata, tahap kesabaran aku bila diukur-ukur masih ada bakinya..
Cuma yang tinggal tu, hanya sedikit.. Lebih sikit dari hari-hari sebelumnya..
Yang buat aku takut andai si Terrorist tu aku kerjakan sampai tak bernyawa..
Sepanjang hidup, aku cuba bersabar biar terrorist tu berhenti sendiri..
Tapi rupanya, diam ku menambah keinginannya mengganggu..
Diam ku membuat dia semakin ingin menambah kebencian yang dah lama bersarang dalam dada..
Tembok ego yang aku bina sepertinya runtuh sendiri tanpa perlu ditukul dengan penukul..
Hanya kata dan perbuatan yang menyakitkan hati membuatkan ego ku yang melangit runtuh menyembah bumi..
Aku dah kata..
Aku manusia biasa..
Tak mampu nak membendung rasa marah setiap masa..
Tak mampu nak menanggung derita sengsara ciptaan dia..
Meski hati ku sakit, tapi aku terpaksa..
Harapan aku agar dia kembali seperti biasa..
Bukan lagi terrorist.. Tetapi, seorang manusia yang boleh ku anggap keluarga..
Dia sentiasa mengganggu..
Bukan hanya bila perlu, tetapi setiap masa untuk menyakitkan hatiku..
Sekali tengok muka dia, aku teringat 'kawan' aku..
Perangai budak 2 ekor ni memang sebijik..
Aku tak tau kenapa..
Tapi, dia bagai jelmaan 'kawan' aku tu..
State annoying yang sama..
Mempunyai satu perkataan nama yang serupa..
Memang cukup buat aku rasa..
Mereka punya hati yang serupa..
Manusia yang menjadikan hidupku huru hara..
Yang kadang2 menambah gundah di dada..
Dan kadang2 membuat aku rasa macam nak tukar negara..
Tapi, kehidupan harus diteruskan..
Hidup mesti bejalan seperti biasa..
Rutin harian masih 'berkerja'..
Cuma, makin disibukkan oleh 2 orang terorist yang sentiasa mengganggu..
Aku rasa nak berhenti di sini..
Edisi terrorist pasti kembali..
Selagi mereka masih bernyawa dan belum ditelan bumi..
Selagi itu, mereka akan berada di 'sini'.
Menjadi bahan ceritaku bila perlu..
Sumber bila idea ku makin kering dan tak dapat dijana meski menggunakan generator..
Aku dah terlalu banyak mengarut..
Sampai ketemu lagi..
Wassalam..
akan disambung~Labels: post
Hati oh Hati!!
1:07 AM
Tajuk ni berkenaan hati aku..
Tak tau la kenapa..
Banyak sangat tak puas hati dengan orang..
Yang aku tau, hati aku ni semakin banyak penyakit..
Kenapa agaknya penyakit ni menular seluruh hati?
Pernah sekali ni.. Ada la sorang minah ni keluarkan statement yang buat aku rasa nak lempang dia..
Pastu, hati aku mula la berkata-kata.. "Bajet kau ni hebat sangat r? Ego nak mampus!"
Ni la ayat yang hati aku cakap.. Aku pun rasa pelik..
Kenapa aku tak boleh bersabar walau sikit?
Aku sendiri tak tau..
Aku keliru la..
Kenapa kalau orang tu buat perangai yang aku tak suka, hati aku mula 'berkata-kata'?
Semua orang pernah buat silap dalam hidup ni.
So, kenapa aku perlu kutuk dia dalam hati aku?
Perlu ke aku caci, keji, maki dia?
Sedangkan dia pun manusia macam aku jugak.
Aku takde jawapannya.
Yang aku tau..
Dia sepatutnya sedar salah dia.
Takkan au nak tegur..
Pastu mula la buat perang dingin..
Yang salahnya, aku jugak..
Yang jahat nya aku jugak.
Ish... Confius gile!
Manusia memang takkan puas eh?
Selagi tak mengutuk takleh eh?
Aku tak hebat..
Aku tak perfect..
Aku tak mampu nak halang benda2 macam tu..
Kadang2, kalau aku tak puas hati, aku akan berzikir dalam hati..
Tapi, kalau time aku tak ingat, hati aku akan menyumpah-nyumpah..
Susah sangat ke nak berpuas hati dengan manusia nih?
Tak boleh ke kalau aku terima je perangai dia seadanya?
Tepuk dada tanya iman..
Semakin hari, aku rasa macam kesabaran aku makin tipis, seiring dengan penipisan lapisan ozon..
Aku pening!!!
Tak boleh ke aku hidup aman?
Haish! -_-'
kata 'dia',
penuhkan hati dengan zikir..
agar hatimu tak terpesong..
tamat~Labels: post
Ego ke Aku?
5:58 AM - Friday, March 25, 2011
Aku tak tau nak kata ape..
Yang aku tau.. Rasa jiwa yang lara..
Rasa hati yang terluka..
Walau di bibir menguntum senyum, tapi.. Hati aku tak seindah kata yang bermain di bibir..
Tak seindah realiti yang membuka tabir..
Aku tau..
Ayat ni agak jiwang..
Tapi.. dah tu realiti nya, nak buat macam mana..
Aku stress ngan someone ni..
Tak pasal2 die buat aku menggelegak..
Ari ni, aku ter out of control n something buat die marah kat aku..
Tapi, actually aku lagi patut marah..
Ntah la..
Aku yang patut mintak maaf ke?
Tapi. Bila fikir balik..
Salah dia jugak!
Hish! Pening la aku..
Yang budak tu pun..
Nama je classmate.. tapi g buat aku sakit hati..
Dahla..
Sekarang ni..
Aku rasa macam aku tengah bina ego tinggi melangit..
Tak tau kenapa..
Dah.. Biarlah..
Tak mampu ku ucap...
Tak mampu ku lafaz...
Kerna kau takkan mengerti rasa jiwa ku...
kata 'dia',
maafkan lah..
tamat~Labels: post
Kerana Blogging Satu Kemestian..
2:36 AM - Tuesday, March 22, 2011
Hahahaha..
Tengok tajuk pun dah rasa macam tak nak baca kan?
Haaaaaaa.. Aku tak kesah..
Kaau nak baca dipersilakan..
Kalau tak nak baca.. Ikut korang la..
Aku rasa macam dah lama sangat tak blogging..
Jika selalunya aku rasa macam tak sempurna je hidup kalau tak blogging, sekarang.. Idea aku dah hilang..
Tajuk2 untuk blogging makin kurang..
Sekarang, tajuk PLBS mengambil tempat dalam fikiran..
Aku takleh nak fikir dua-dua..
Kerana aku manusia biasa..
Kerana aku hanya dikuniakan dengan hanya 1 otak yang mempunyai 2 bahagian sahaja oleh-NYA..
Maka, aku tak mampu lagi nak berfikir, tajuk apa untuk diluahkan isinya..
Sekarang. Aku datang balik.. Untuk memenuhi tuntutan tangan yang mahu menaip..
Akan aku taip perkara2 yang berkaitan dengan seorang MIMI di sini..
Kerana, macam yang pernah aku kata, hidup seorang MIMI takkan pernah berhenti susur galurnya..
Masih berjalan dan terus berjalan sehingga seorang MIMI berjumpa tujuan..
Dan sampai seorang MIMI diambil nyawa..
Kerana blogging satu kemestian..
Aku ambil keputusan untuk mencuri sedikit masa aku yang berharga, bagi meredakan ketagihan..
Agar, blog ini tidak sunyi dan ditinggalkan kesepian..
Agar follower2 aku masih di sini tanpa berniat untuk mencari tempat lain sebagai perhentian..
Sesungguhnya.. Seorang MIMI tak mampu nak menyekat andai blog ini suatu masa nanti tiada yang ingin menjenguk..
Tak mampu untuk seorang MIMI menentang andai, post2 yang ditaip hanya dijadikan sebagai bahan pembacaan aku seorang..
Dan aku akan kekal di sini.. Di tempat yang aku sendiri cipta.. Iaitu sebuah ceruk..
Yang korang semua takkan dapat selaminya sebagaimana aku mendalaminya dengan senang..
Serasanya.. Sampai di sini..
Ketagihan ku telah terhenti..
Semoga, akan ku temu kalian di lain masa, lain hari..
Teruskan membaca blog seorang MIMI..
Agar aku tidak kesepian.. Menulis seorang diri.. Tanpa teman di sini..
tamat~Labels: post
Sembunyi.
7:19 PM - Saturday, March 19, 2011
Bila sebut perkataan sembunyi, banyak tafsiran di sebaliknya.
Sembunyi dari realiti ke?
Atau menyembunyikan realiti?
Tak kira yang mana satu fahaman kita.
Mungkin berbeza daripada 2 pilihan di atas, ramai manusia sekarang yang suka 'sembunyi'.
Kebanyakan manusia sekarang, sembunyi daripada realiti.
Aku tak tau kenapa. Tapi menyembunyikan realiti dah jadi semacam trend.
Kenapa perlu lari dari hakikat sebenar yang terbentang kat depan mata?
Perlu ke sorok rahsia sampai ke lubang cacing?
Mentang2 lah, orang yang suka cari rahsia tak mampu nak masuk lubang cacing, dia pergi soroknya rahsia tu kat lubang cacing.
Tak selamanya rahsia boleh tersimpan kemas.
Takkan selamanya, rahsia boleh kekal dalam perut kita sorang tanpa meluahkan.
Satu hari, rahsia kita akan terbongkar jua.
Tak kira dalam cara yang macam mana.
Bagi yang suka sembunyi daripada realiti.
Apa kau ingat kalau kau lari dari kebenaran, kau terlepas?
Walau sejauh mana pun kau lari, nama kau tetap akan buruk kalau realitinya teruk!
So! Tak perlu lari sebab sekali kau dah jadi trouble maker, kau kena bare hukumannya!
kata 'dia',
realiti kehidupanmu mungkin buruk,
tapi,
tak perlu kau lari dan sembunyi,
kerna satu hari realiti itu pasti terbongkar jua..
tamat~Labels: post
Penat..
9:05 PM - Friday, March 18, 2011
Wah.. Aku rasa sangat penat..
Baru je balik dari kampung..
So.. Mungkin ni je post yang terlarat..
So.. Till now!
Labels: post
Persahabatan
7:30 AM - Tuesday, March 15, 2011
Tajuk yang aku suka!
Persahabatan satu konsep yang luas..
Bila berfikir tentang persahabatan kadang2 aku sendiri keliru..
Aku pernah merasa kehilangan sahabat..
Pernah merasa berpisah dengan teman2 yang hebat..
Namun.. Itu tak mampu buat aku mengalir kan air mata..
Tapi, bila melihat seorang kanak2 menghargai erti persahabatan, aku tak mampu membendung air mata.
Bila aku tengok, seorang kanak2 memahami apa itu persahabatan, lidahku kelu tak terkata.
Aku jadi seperti patung tak bernyawa.. Manusia tanpa suara..
Persahabatan yang aku sendiri kurang hargai.. Punya nilai yang tersendiri di mata seorang kanak2..
Persahabatan yang dinilai bukan melalui mata kasar, tapi mata hati..
Aku tak sangka.. Erti persahabatan dalam dirinya amat bermakna..
Sehingga aku sendiri rasa tak berguna kerana gagal menilai makna persahabatan seperti mana dia menyelami maknanya..
Dia membuatku bangga..
Fahaman nya tentang persahabatan, mengajar aku untuk lebih menghargai kawan-kawan..
kata 'dia',
hargailah sahabatmu..
kerana kau mungkin tak mampu mendapatkan yang lebih baik darinya..
tamat~
Labels: post
Gambar kenangan..
5:22 AM - Monday, March 14, 2011
memang kenangan-kenangan ni aku takkan lupa..ni lah gambar2 yang sempat diambil..
tak sempat ambil banyak..
Labels: post
CINTA
5:11 AM
Apa makna cinta sebenarnya?
Adakah satu perasaan yang hadir kerana nafsu?
Atau perasaan yang hadir kerana ALLAH?
Aku tak matang soal cinta..
Tak khatam lagi..
Jadi.. aku bukan lah orang yang tepat untuk berbicara soal cinta..
Cinta kah seseorang itu jika dia mencintai seseorang dengan membelakangkan tuhannya?
Cinta kah seseorang itu jika cinta nya berlandaskan nafsu semata?
Cinta kah seorang hamba itu jika dia mencintai seseorang kerana lumrah alam yang menuntut setiap manusia mempunyai pasangan jika tak mahu dianggap kolot?
Ramai yang sering mempermainkan cinta.
Perkataan cinta sering keluar dengan mudahnya dari mulut mereka seperti air yang mengalir tanpa henti..
Serasa perkataan itu seperti wajib diucapkan..
Cinta tak perlukan ucapan..
Hanya perbuatan sudah bisa menggambarkan..
Cinta tak hadir mengikut perubahan zaman,,,
Ia datang tanpa diundang..
Cinta tak bererti meluahkan..
Tapi, cinta harus dimaknakan..
Tak perlu kita katakan kepada dunia bahawa kita mencintainya.
Cukuplah sekadar kita menunjukkan rasa sayang kita..
Yang menepati syariatnya..
kata 'dia',
cinta itu bukan sekadar perkataan keramat yang perlu diucapkan..
cinta ialah satu perasaan suci yang hadir dan ditunjukkan melalui perbuatan..
tamat~Labels: post
Kenangan di KRIM..
7:01 PM - Sunday, March 13, 2011
Aku baru balk dari kem dekat pantai sepat..
Syok!
Dapat kawan baru..
Kakak n abang faci baik2..
Sporting..
Masa kitorang tengah berlatih untuk malam kesenian..
Ada pulak ulat bulu panjat belakang aku..
Punya la aku menjerit..
Naseb baik ada kak khalilah yang comey lagi baik hati, membantu aku buang benda alah tu..
Berlatih punya berlatih..
Dah kul 6.30..
Kitorang pun masuk la balik dalam kawasan kem..
Nak bersiap untuk makan n solat maghrib..
Memang best sangat..
Kenangan kat sana takkan boleh lupa..
Thanks jugak dekat akak faci kitorang..
KAK NABILAH yang comey and baik..
Selalu bagi tunjuk ajar..
Memang best la kat sana!
Tak lupa dekat kawan2 satu group..
KAK NADHIRAH, KAK FARAH, KAK KHALILAH, FATEHAH, NADIA N AIN..
Korang memang gila2..
N kepada kawan2 yang berkongsi tempat tidur..
Yang berkongsi selimut..
Yang berkongsi makanan..
Yang berkongsi telinga..
Thanks a lot..
IMAN, CT N WAN..
Ramai jugak la budak2 SMART kat sana..
Dalam 11 orang dari 29 orang budak perempuan..
Laki takde..
Thanks everyone..
Mungkin aku tak berbicara pasal kem..
Tapi.. hati tak mampu menipu..
Sesungguhnya aku merindu..
Dan menunggu jika kem seperti ini akan diadakan lagi di lain waktu..
Semoga bertemu lagi sahabat-sahabatku..
Nanti ada masa lagi aku upload gambar2..
Tapi.. kalau nak lagi cepat..
Tengok la dekat fb..
Okeyla..
Sekarang ni aku nak keluar..
Ada kerja..
Next time aku akan post lagi di blog ni..
UKHWAH
Di pertemuan ini..
Ada satu rasa mengiringi..
Rasa ingin mengenali..
Setiap wajah2 di hadapanku..
Di perkenalan ini..
Setelah kita saling mengenali..
Keakraban sentiasa dibajai..
Agar perhubungan yang kita bina ini.. Kekal abadi..
Di pertemuan ini..
Rasa sayu semakin menghimpit sanubari..
Merajai hatiku ini..
Rasanya seperti tak rela untuk menempuhi perpisahan yang bakal hadir..
Meski pun singkat..
Perkenalan ini pasti kekal abadi..
Telah terlulis nama kalian di hati ini..
Sebagai teman, rakan dan kenalan2 baru..
Di akhir perkenalan..
Perpisahan tiba jua..
Walau sebak menguasai dada..
Ku relakan jua..
Perpisahan ini yang diiringi seribu satu rasa..
Yang pasti takkan ku lupa..
Kata 'dia',
Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan..
Tapi.. apa yang pasti..
Rasa kasih dan sayang pastinya menular bersama ukhwah yang erat terjalin..Labels: post, sajak
Sigh! Penat..
6:00 AM
Ya Allah!
Penat betol!
Mengantuk yang teramat..
Balik dari kem tadi..
Memang ngantuk..
Btw..
Walaupun diorang tak baca blog aku..
Aku nak cakap..
MR RED N BOTH MR B..
I'M SORRY!
And kepada akak2 senior, akak2 fasi, abang2 fasi..
Thanks a lot..
Moga2 saya dapat join lagi program mcm ni..
INSYAALLAH..
Labels: post
Kawan Yang baik..
5:18 AM - Monday, March 7, 2011
Aku selalu cuba nak faham orang..
Cuba nak kenal orang ni macam mana..
Kalau boleh.. Aku nak cuba selesaikan kekusutan yang orang alami..
Tapi.. Aku lupa..
Aku lupa nak mengenal diri aku sendiri..
Aku sampaikan terlupa..
Aku sendiri juga ada banyak masalah..
Kadang2 tu..
Bila dengar masalah orang..
Aku hanya boleh dengar sedengar-dengarnya..
Aku tak mampu nak kata aku faham masalah diorang..
Sebab aku tak pernah alami.. apa yang diorang rasa..
Time aku ada masalah..
Aku akan cerita dekat sahabat-sahabat yang memahami..
Aku amat berharap.. Yang diorang akan faham..
Aku berharap untuk dapat jalan penyelesaian terbaik..
Rupa-rupanya.. Sekali lagi aku lupa..
Aku lupa yang diorang jugak ada masalah..
Aku lupa..
Masa diorang datang dan cerita masalah diorang,, aku sendiri jugak tak mampu nak faham..
Tak mampu nak kata apa2 kecuali sabar..
Tapi.. Kenapa time aku dapat masalah..
Aku pergi cerita dekat diorang dan berharap diorang faham..
Nape aku tak fikir..
Masalah aku hanya sekecil-kecil masalah atas muka bumi Allah ni?
Aku dah bebankan diorang dengan masalah-masalah aku..
Sampai kan masalah diorang sendiri pun tak selesai..
So.. Aku nak mintak maaf dekat kawan2 aku yang sentiasa bersedia menadah telinga..
Mendengar bebelan aku pasal masalah..
Maafkan aku sebab terlupa pasal masalah korang..
Maafkan aku sebab dah jadikan masalah aku beban..
Sampai kan korang pendam perasaan korang..
Sampaikan masalah korang,, korang telan sorang2..
Maafkan aku sebab tak pernah jadi kawan yang baik..
Buat korang..
kata 'dia',
kawan yang baik bukan yang hanya memahami..
tapi,, kawan yang baik mampu menenangkan hatimu kalau kau dalam masalah..
kawan yang baik mampu menceriakan harimu..
walaupun ketika itu.. kau dalam sebesar-besar kesedihan..
tamat~Labels: post
Hidup
4:53 AM
Ya. Ini lagi sekali post yang bertajuk hidup..
Mungkin tajuk nya nampak sama..
Tapi.. Isi nya lain2 ya..
First of all..
Bila bercakap tentang hidup ni..
Ramai yang menggambarkan kehidupan cuma tempat nak berseronok..
Tapi aku tak rasa cam gitu..
Banyak benda yang aku kena tempuhi..
Dulu.. Aku mungkin suka main2..
Tu zaman2 jahiliah..
Zaman2 aku masa jadi budak2..
Yang tak kenal betul salah..
Zaman yang mana aku buat kerja ikut kepala lutut.. Bukan kepala otak..
Tapi sebenarnya..
Sekarang pun aku masih main2..
Cuma mungkin kurang dari zaman2 aku yang dulu..
Main2 aku sekarang berbatas..
Bukan pakai redah je.. walaupun kadang2 aku pakai redah je..
ha.ha.ha
Aku masih cuba berubah menjadi ke arah yang lebih baik..
At least aku cuba kan?
Hasilnya.. Tunggu je la nanti..
Hmm..
Bila bercakap pasal hidup..
Kita takkan terlepas dari masalah..
Tapi.. setiap masalah ada jalan penyelesaian..
Tak kira mudah atau payah..
Still.. hidup penuh cabaran yang perlu kita tempuhi dengan penuh kesabaran..
Dalam hidup ni kan..
aku pun tak terlepas dari cabaran..
Aku tak punya kekebalan.. untuk menangkis setiap dugaan..
Tapi.. aku punya keyakinan untuk mengatasi cubaan-cubaan..
Hidup.. Menyimpan beribu makna..
Yang mampu menyingkap seribu satu erti kalau kita berusaha mencari,,
Walaupun aku belum berjaya mencari makna di sebalik sebuah kehidupan..
Aku masih cuba.. Untuk mencari makna-makna nya tanpa memikirkan kegagalan..
kata dia,
cari lah makna dalam sebuah kehidupan..
Kerana ianya akan buat kamu lebih menghargai hidup yang singkat ini..
tamat~Labels: post
Edisi khas Terrorist!
12:51 AM - Saturday, March 5, 2011
Terasa hari ni macam lama sangat..Sampai bermacam-macam cerita aku boleh tulis..
Ish3..
Tak tau la kenapa..
Dan sekarang!
1 disaster tengah melanda!
Si terrorist tu dah balik ke home sweet home aku!
Argh!!
Sengal betol!
Pastu ada penambahan terrorist..
Lagi satu watak terrorist ni perempuan..
Aku rasa macam orang gaji dekat sini..
Ke-2-2 terrorist tu aku rase macam nak bom sampai berkecai body!
Dah geram sangat dah hati aku ni..
Nama je 2-2 lagi kecik daripada aku!
Tapi perangai,, mengalahkan Israel nak jajah Iraq..
Rasa macam duduk kat bumi Palestin dah..
Dan terrorist-terrorist tersebut masih lagi nak kacau aku walaupun aku dah masuk dalam lovely bedroom aku..
Hish.. Kalau aku ada kuasa sepit-sepit dah lama aku sepit budak 2 ekoq ni biar terhimpit..
Sekarang ni.. Aku pulak yang rasa macam nasi impit..
Duduk dalam bilik..
Kalau ada bom atom kat tangan aku ni..
Nak je rasanya aku baling dalam mulut diorang..
Biar bertabur gigi, berkecai gusi!
Hilang dah mood aku nak tengok cerita hindustan..
Tengah sedap tu!
Dahlah kahwin paksa..
Hish..
Baru je tadi aku berazam nak buat perjanjian perdamaian dengan terrorist sekoq tu..
Alih-alih.. Dia ajak geng dia pulak kerja kan aku..
Memang terrorist!
Sorang DOUBLE TROUBLE JIGSAW PUZZLE..
Yang sorang lagi TRIPLE TROUBLE DOUBLE DAZZLE..
HAISH! -_-'
NASIB-NASIB!
kata 'dia',
marah-marah itu membuatkan pahala berkurangan..
menjadikan dendam berpanjangan..
membuatkan sakit hati berlarutan..
dan akan menyebabkan syaitan berlonjakan..
tamat~
Labels: post
Membezakan antara kaca dan permata..
9:43 PM - Friday, March 4, 2011
Seperti yang korang baca..
Kaca dan Permata..
Macam mana nak bezakannya??
Aku tak kreatif.
Aku. Kayu. Nak bezakan permata dengan kaca macam mana?
Yang aku tau..
Permata takkan pecah kalau jatuh.. Ye ke?
N kaca kalau jatuh pasti berderai..
Mungkin aku buta. Aku kayu. Tak pandai nak menilai antara kaca dan permata..
Tapi, kalau nak menilai sahabat dan musuh.. Aku pandai..
Tapi masalahnya.. Untuk memutuskan persahabatan dengan seorang yang pernah berkongsi cerita.. Yang selalu bergelak ketawa.. Amatlah susah sebenarnya..
Aku bukan bercakap melalui pemahaman.. Tapi.. Aku berbicara melalui pengalaman..
Memang complicated bila seorang MIMI berbicara mengenai sahabat dan musuh..
Sebab seorang MIMI tak pandai nak membenci..
Seorang MIMI yang keras luarannya.. Hanya seorang budak perempuan yang mampu meredhakan apa yang terjadi.. Seorang MIMI takkan mampu pun hanya untuk bertekak dengan manusia yang dipanggil kawan dan akhirnya kawan tu menikam terus ke hati.. Kalau orang dulu kata KAWAN TIKAM BELAKANG KAWAN.. Aku akan kata KAWAN MENIKAM DAN MENGHANCURLUMATKAN HATI KAWAN.. Sebab.. kalau setakat tikam belakang.. boleh cure.. tapi kalau dah hati.. paham-paham saje la..
Ini ceritera seorang MIMI..
Yang cuba nak bezakan antara kaca dan permata..
Yang sedang mencari cara nak tukarkan kaca itu kepada permata yang lebih berharga dan disukai..
Problem nya sekarang.. Hidup aku malah hidup korang semua dah sebati dengan kaca..
Pinggan makan kaca..
Gelas kaca..
Kita dan kaca.. memang dah sebati..
Aku mengarut lagi kan??
Tak kesah!
Ceritera aku..
Aku nakhoda nya..
Aku pilot nya..
Aku driver nya..
So.. kemana pun ceritera ini berakhir hanya aku penentu nya..
Korang tak payah kisah..
Tak perlu fikir pon..
Sama ada kisah seorang MIMI ni akan berakhir di sini..
Atau berakhir dengan adil.. Sebab.. cerita ini.. mungkin tak berpenghujung..
At least.. Sampai seorang mimi dah tak wujud di dunia?
Berat kan?
Susah untuk korang fahami apa yang aku tulis..
Payah lagi untuk aku mentafsir segalanya..
Sebab aku bukan sasterawan negara.. untuk menjadikan ape yang aku tulis bermakna dan difahami semua..
Tapi yang penting..
Ceritera aku akan still berlanjutan..
Meski aku dah tamatkan di blog.. Di dunia realiti aku masih mencari siapa kaca dan siapa permata..
Kata 'dia',
Hidup tak semudah yang disangka..
Kaca dan permata tak banyak beza luarannya..
Tapi sangat berbeza buatan dan acuannya..
tamat~Labels: post
Kenali aku..
6:47 PM
Amacam tajuk kali ni?
Kenali aku?
Episod baru yang aku masukkan dalam blog ni..
Aku cuma nak kata..
Kenali aku sebagaimana aku cuba mengenalimu..
Ececeh!
Tahap jiwang tak hengat dunia aku dah datang!
Hahahah.. bukan jiwang la..
Ni aku nak cerita..
Ramai orang yang tak kenal aku sangat macam aku kenal diorang..
Aku tak tau la sebab apa..
Maybe muka aku ni susah nak hengat sebab over cute?
Hahahaha..
Aku memang pandai buat lawak kan?
Aku tau..
Xyah bagi tau..
Aku memang lawak..
Muka aku ada nampak macam sombong tak?
Kalau ada..
Sorry la ye..
Aku tak reti nak setting balik muka aku..
Ni bukan blog yang boleh diedit template nya..
Ni muka aku!
DIA dah tentukan macam ni la muka aku..
So,, korang yang terseksa tengok muka aku yang ala-ala sombong ni..
Sila sila la bisik kat aku..
"MIMI, BUAT MUKA COMEL SIKIT!"
hahaha..
Sorry2..
Termasuk sesi..
Masuk loker tutup sendiri daaa..
Aku memang macam ni..
Suka mengarut..
Bukan mencarut..
Aku manusia biasa jugak..
Yang ada hati dan perasaan..
Yang kadang-kadang terlebih perasan..
Yang mungkin pernah membuatkan orang lain terasa especially family dan parent..
So.. Sorry for everything..
Aku tak mungkin jadi perfect..
Sebab manusia takde yang sempurna..
Jadi.. Paham2 la sendiri ye..
Kalau ada salah silap sebabnya ialah..
Aku tak aware perasaan orang lain..
Aku hanya tau jaga perasaan aku..
Aku takut terluka sampai aku tak sedar aku dah banyak melukai hati orang-orang di sekeliling..
Ngeee~
Tengok! Dah masuk sesi hati-hati..
Tapi masalahnya sekarang ni..
Sesi..
Typing di lappy..
Hahahah..
Aku dah malas nak menulis..
Tangan menuntut direhatkan..
Setelah beberapa lama berlari-lari di keyboard untuk menghasilkan perkataan-perkataan..
Yang akhirnya menjadi coretan buat tatapan..
Walaupun tak mengandungi sebarang harapan,, mahupun pujian.. Diharap anda enjoy pembacaan..
Sekian...
Kata 'dia',
Sebelum kita nak orang mengenali kita,,
Kita kena kenal diri sendiri..
Kita mesti cari gali tentang diri kita..
Lepas tu.. Baru kita boleh berharap orang mengenali kita..
Kerana selagi kita tak kenali diri kita..
Kita takkan tau pandangan orang kat kita tu betul atau tak..
Tamat~Labels: post
sambungan Trouble! Terrorist!
6:33 PM
Yes!!!
Akhirnya..
Terrorist tu dah takde dalam home sweet home aku!
Hanya ada aku sahaja!
Memang hapy gile la..
Double trouble! Jigsaw puzzle!
Memang aku x suke die..
Double trouble! Jigsaw puzzle!
Rase nak hempap je die tu dengan lori ais..
Tapikan..
Aku xleh nak angkat la lori ais tu!
Kalau aku dapat angkat lori ais tu sekali pun..
Still takleh hempap atas die..
Nanti dapat hukuman mandatori..
Membunuh..
Ish3..
Korang ingat aku ni jahat sangat ke?
Eh jap2..
Memang aku jahat pon..
Cuma aku tak sanggup nak mnyeksa diri sendiri dengan menerima hukuman mandatori..
Silap2 mati kat tali gantung!
Aiyooyoyo!!!
No want la!
Aku cuma mengharapkan hidup yang tenang di home sweet home..
Tanpa gangguan die..
Kadangkala..
Aku baik ngan die..
Tapi.. Sumpah! Tiap2 hari.. Memang aku dengan die macam anjing ngan kucing..
Hish! Xbest la anjing ngan kucing!
Sebab dua-dua pon aku tak suka..
Ape kate..
Garam dan gula??
X boleh-tak boleh..
Sebabnya.. Garam dan gula akan bercampur dalam masakan dan menghasilkan 1 rasa yang menarik..
Masalahnya.. Aku ngan die tak boleh ngam..
Macam ape2 je la..
Tapi.. Yang penting.. memang tak ngam!
Die tu memang menyusahkan aku..
DOUBLE TROUBLE JIGSAW PUZZLE betol!
K lah..
Rasanya.. aku perlu belajar menerima dia seadanya..
Mungkin dia tak matang lagi..
Mungkin salah aku jugak..
So.. lupakan kesalahan die adalah cara terbaik..
Tapi.. Bila sampai masanya die buat aku macam orang tak betol..
Peribahasa ambik yang jernih buang yang keruh akan aku ubah menjadi..
AMBIK YANG KERUH YANG HITAM YANG LEGAM,, AGAR AKU BOLEH BALAS DENDAM..
Kejam tak aku..
Tapi rasanya.. Setakat ni.. Insyaallah..
Kesabaran aku bila diukur-ukur kembali..
Masih di takat normal..
Belum mendidih lagi..
So.. doakanlah agar kesabaran aku takde takat didihnya..
Sebab kalau ada takat didih..
Memang jawabnya.. Si JIGSAW PUZZLE tu akan aku sembur dengan api sampai terbakar!
kata 'dia'
kita harus belajar menerima kebaikan seseorang walaupun sedikit..
lupakan kesalahannya..
sebab kesalahan yang dilakukannya hanya akan mencambahkan benih dendam dan membunuh bunga kasih-sayang..
tamat~Labels: post
Trouble! Territorist! Sumpah! He's soooooooo madly MAD!
4:27 PM
Kalau boleh..
I want to hate him fo the rest of my life..
If possible I want to do something better than living in this house with someone I hate..
Shootttt!!!
He's too much!
I hope.. He's dying because of diarrea!
Peribahasa air dicincang takkan putus memang tak kena langsung dengan aku..
Peribahasa yang sesuai maybe..
Hari-hari nak bergaduh,, mesti ada yang mampus!
Ye..
Sekarang ni ego aku dah tinggi melangit..
Aku dah takde masa nak runtuh kan tembok ego tu..
Aku benci die lebih daripada aku benci penjenayah dalam dunia ni..
Aku benci dia sangat-sangat..
Selagi dia tak mintak maaf,,
Dengan ikhlas.. Aku takkan pernah maafkan dia..
Dia dah terlalu banyak berlakon..
Terlalu kurang ajar..
Sampai aku rase,, kalau undang-undang kat Malaysia tak ketat..memang r..
For sure I’ll do something bad..
Aku bukan robot yang boleh buat bodoh je kalau die kacau aku..
Aku bukan kental sangat sampai boleh tahan die buat benda2 yang mnyakitkan hati..
Moga Allah sabarkan aku..
Kuatkan hati aku..
Agar aku tak tukar peribahasa..
CARIK-CARIK BULU AYAM AKHIRNYA BERCANTUM JUGA kepada..
CARIK CARIK BULU AYAM MESTI BERCANTUM JUGA,, TAPI.. CARIK-CARIK HATI AKU.. KAU AKAN TERIMA BALASANNYA..
akan disambung~
Labels: post
sambungan episod bebelan tak ingat dunia..
4:07 PM
Seperti yang korang tau..
Ni la sesi bebelan terakhir aku buat episod kali ni..
Tapi.. aku memang selalunye xde idea..
Eh2..
Nak tau tak?
Aku on the way nak buat novel/cerpen..
Tapi sekadar nak post di blog je..
Sekarang ni dalam proses lagi..
Banyak gile nak kene siapkan..
Poooraaahhh!!!
Aku takde idea la nak jadi tukang karut..
Maybe aku patut stop kat sini dan bukak episod baru..
Mungkin dengan tajuk yang lebih spesifik?
Sebab aku tak pandai nak buat orang senyum..
Tak pandai nak buat orang ketawa..
Tapi,, aku pandai gelakkan orang...
ngeeee~
K lah..
Aku dah nak end kan episod ni..
Kata 'dia',
hidup bukan suatu yang perlu dikesalkan sebab hidup yang mengajar manusia jadi manusia..
Hidup yang mendidik manusia jadi tabah..
Tapi kadang-kadang.. Hidup juga akan membuatkan manusia jadi tak tentu arah..
Tamat~Labels: post
sambungan episod bebelan tak ingat dunia..
2:17 AM
Yaa... Seperti yang dibaca..
Aku nak sambung karutan aku..
Walaupun takde bende nak dikarutkan..
Takde cerita menarik untuk dikongsikan..
Aku still kat sini..
Masih menanti idea datang bergolek macam pungguk menunggu bulannya..
Masih menanti dan menanti idea tu datang dengan sendirinya..
Secara tak langsung, walaupun post ni takde main idea nya,
Aku masih mampu menulis sepatah dua kata..
Yang mungkin buat orang gembira..
Yang terasa pon apa kurangnya..
Tapi,, aku malas nak apologise ke ape ke..
Sebab ni 'rumah' aku..
'Cat' nye aku yang buat..
Sooo.. Korang jangan ganggu..
Sebab walaupun karutan aku ni tak betol grammar,,
salah dari segi tatabahasa..
Aku tak kira!
Aku masih nak menulis..
Hilangkan gian tangan ni nak menaip..
Seperti yang pernah aku dengar..
Setiap perkataan yang berakhir dengan -ine contohnye nicotine menyebabkan ketagihan..
So.. bila menaip dah aku jadi kan sebagai suatu ketagihan, ape yang patut aku buat?
Tukar kan menaip jadi menaipine?
Is it too much?
Ntah!
ADA AKU KESAH!
Seyes sekarang ni aku tak tau nak buat ape..
Nak bincang pasal cita2?
Masalahnya aku tak tau nak jadi ape..
Sebabnya,, cita-cita aku bila masuk form 3 ni macam semakin kabur..
Semakin hari aku cuba mendalami diri sendiri..
Matlamatnye cuma satu..
Aku nak cari ape kerjaya yang sesuai dengan aku..
Akhirnya, yang aku temui hanya nothing!
Tak tau nak jadi ape..
Tak tau nak set kan mind aku tentang kerja..
Yang aku tau..
Aku suka menulis, suka mengarut, suka main dan kadang-kadang aku juga suka exam..
So.. Any idea?
Pasal aku nak jadi ape?
Jadi bini orang kaya yang tak perlu kerja?
Biar bibik uruskan semuanya..
Biar suami handle semua kerja?
Aku tak rasa cam gitu..
Sebab semua orang pon,, mesti nak rasa ade kerja..
Yang pentingnya halal..
Masa umur sekarang ni..
Yang aku tau.. Aku cuma nak buat yang terbaik dalam periksa..
Cari ape yang patut aku set sebagai cita-cita..
Dan jadi anak berguna untuk keluarga.
That's it!
Bukannya nak jadi bini orang kaya..
Jadi housewife sepanjang masa..
Beli novel tak hengat dunia.. Sampai suami jadi botak sebelum masanya..
Aku bukan orang macam tu..
Tak terfikir pasal lelaki yang perlu nak ditopupkan lagi dalam hidup..
Tak nak fikir ape2 pasal lelaki yang tak perlu..
Cukuplah aku ada kawan yang memahami..
Perempuan atau lelaki..
Cukup la aku ada ibu bapa yang baik dan sentiasa menceriakan hari..
Cukup la sekadar adik lelaki aku yang mengucar kacirkan hidup aku sampai boleh buat aku mati..
Enough! That's enough 4 me now..
Cukup la mereka semua yang dah buat hidup aku happy, tunggang terbalik, menangis meraung yang ada dalam carta hidup aku..
Tak payah nak menambah lagi..
Tu tak kira sedara mara belah ayah.. Tambah yang belah mak lagi..
That's it! mereka lah yang sentiasa bersama aku sekarang ni..
Sebenarnya walaupun aku rasa nak sambung lagi..
Dah rasa sangat malas nak mengarut..
Kang ada jugak yang gi ngutuk2 blog aku..
Sebab blog ni asyik dikarut je..
Dengan ayat yang tak gramatisnya..
Dengan tatabahasa tunggang langgang tahap tak ingat dunia..
So.. Aku nak stop dulu..
Tinggalkan ni semua buat sementara..
Tapi.. aku pasti kembali di lain masa..
Then.. Daaa...
Sayang korang semua..
Hidup jangan ada musuh..
Topup kawan - musuh = hidup aman bahagia..
Till now!
Wassalam~
akan disambung~Labels: post
episod bebelan tak ingat dunia
3:03 AM - Thursday, March 3, 2011
Aduh! Bosan betollah!
Tak tau nak buat ape..
Nak blogging bajet rajin!
Nak buat kerja sekolah?? Idea dah kering!!
Nak tido?? Tak sampai seminit sah2 terdengar jeritan nyaring..
Haish! So, NAK BUAT APE?
Mengadap laptop kena kurangkan dah..
Sebab mata aku ni semakin kabur!
Memang naya!
AKU TAKNAK RABUN!!
waaaaa!!!!!
So.. kena jaga mata!
Dulu masa elok, tengok tv macam nak telan!
Baca buku tak kira siang ke malam!
Baca dalam kete masa malam, lampu suluh jadi peneman!
So......... Bila nak okay nye..
Umi pesan tak dengar..
Pesan tak sempat nak masuk telinga dah kena tendang jauh2..
Ish3!
Ni la akibat nya!
Sekarang... Pandai2 la kau menanggung LABU..
Ni sedih ni!
Kalau rabun.. Tak dapat jadi pilot!
ECECEH!
macam la syarikat Malaysia Airlines tu nak approve kau jadi pilot mimi!
Bajet tinggi..
Bajet comel!
UUEEEEKK!!!!!!!!!!
Tapikan.. Tak dapat jadi pilot pun tak kesah la..
Asal dapat kenal dengan pilot!
AHHAAKSS!
Ape kau ingat ni cerita ADAM DAN HAWA?
kat tengah jalan jumpa pilot?
kat tadika jumpa pilot?
kat airport.. senang2 kene renung dengan pilot?
tengah buat umrah pon terserempak dengan pilot?
waduuhhh...
*akan di sambung......
Labels: post