Cerita Test Bahasa Arab..
5:14 AM - Tuesday, April 26, 2011
Ni la benda ngok yang aku buat seumur hidup..Hari ni.. Ada test bahasa arab..
Ustazah dah pesan suruh hafal karangan..
Tau ape aku buat?
Aku tak hafal LANGSUNG!
Sampai je kat sekolah..
Banyak benda nak kena siapkan..
Memang kelam kabut gila..
Akhirnya..
Karangan bahasa arab.. memang selamat aku hafal on the spot..
Naseb baik la aku ni kira pelajar cemerlang jugak la kan..
Selamat karangan tu aku hafal..
Walaupun.. mungkin tak sebiji-sebiji dengan karangan dalam buku..
At least.. Hafal la jugak kan?
Markah arab.. Aku tak tau la dapat berapa..
Tak cocentrate langsung buat arab..
Dengan perasaan bersalahnya..
Dengan malu nya..
Dengan takutnya..
Semua ada..
Bila mimi tak cocentrate..
Tau tau je la..
Exam pun buat macam tak cukup tempat..
Tengok sana.. Tengok sini..
Sampai rasanya..
Boleh patah tengkuk aku..
Eh2.. Jangan salah faham..
Bukan aku meniru..
Aku just melentokkan kepala aku kiri dan kanan..
Pening2..
Memang syok habes..
Masa aku tengah buat test tu..
Rasa nak gelak gile2..
Bukan rasa..
Memang dah gelak pon..
Bila aku tak cukup masa nak jawab test tu.. Aku gelak lagi..
Bila dah siap pon..
Aku gelak lagi..
Sampai kawan2 aku rasa yang otak aku dah putus fius..
Hahaha..
Ni la mimi..
Ngok wal ngek..
Okey lah..
Next time kita story mory lagi..
I nak keluar dulu..
Labels: post
Homework lagi.. Malas jugak.. Membebel kini..
5:37 AM - Tuesday, April 19, 2011
Faham tak tajuk tu?
Tak faham sudaaahh..
Tak kesah!
Hahaha..
Aku just buat post ni saje2..
Takde keje..
Nak membulatkan mata..
Baru lah hati suka..
Apa yang aku mengarut..
Aku pun tak tau..
So..
Korang takyah risau..
Sebab..
Aku takkan marah kalau korang tak faham..
Takde ape2 nak cakap..
Saje je menggatalkan tangan untuk menambah post..
Bila aku mula kebosanan..
Bila baca buku otak tak dapat jalankan pemprosesan..
Tanganku mulalah nak berjalan..
Hasilnya..
Post yang mengarut lagi karut ni..
Dah lah..
Penat mengarut..
Nak bla..
Cari peneman setia..
Yang sentiasa ada kala aku nak luahkan sesuatu..
Assalamualaikum...~Labels: post
Kejutan..
2:35 AM - Saturday, April 16, 2011
Tak banyak yang dapat aku singkap berkenaan tajuk ni..
Just aku nak cakap..
Hidup aku banyak kejutannya..
Banyak benda yang tak dijangka..
Read more »Labels: post
Rajin Nak Buat Homework? Dush! LALALALA...
6:14 AM - Friday, April 15, 2011
Yeahhhh..
Bila mimi punya angin rajin dah datang..
Penuh buku atas meja belajar..
Sekali.. Blog jugak yang aku buka..
Hik3..
Sedih rasa hati..
Hohohoho..
Ni bukan angin rajin nih..
Ni angis kus kus..
5 minit rajin, then 5 minit malas..
So.. Conclusionnya..
Angin kus kus la kan?
Okeh..
Crita2 hari ni..
Nak dengar tak?
Tak nak, back off!
Sebenarnya..
Takde crita menarik pon..
Cuma tiba2..
Hati aku terdetik nak buat cerpen hari2 pasal hidup aku..
Dalam blog yang lain..
So.. Aku akan sibuk dengan blog2 aku ye..
Tapi..
Once a week je la kot aku bukak..
Berkongsi 1 cerita..
Kata 1 Malaysia..
Mesti la share kan?
Hahahah..
Bila aku mula mengarut..
K la..
Nak jalankan misi cerpen aku..
Assalamualaikum..Labels: post
Manusia Yang Banyak Kerja.. Tapi.. Masih Di Sini..
6:05 AM - Thursday, April 14, 2011
Tak sedar diri betol la aku ni..
Homework berlambak setinggi gunung..
Tapi.. Tak reti-reti nak buat..
Tetibe je aku rasa rajin nak menaip..
Nak berkongsi cerita..
Berkongsi rasa..
Bercerita tentang rahsia..
Bukan nak mengarut sebenarnya..
Tapi, dah terkarut.. Nak buat macam mana?
Aku still macam semalam..
Mimi yang kebosanan..
Duduk kat rumah macam tak berorang..
Sampai kan aku rasa nak pargi jalan-jalan..
Badan pun dah macam dipam-pam..
Kembung semacam sebab makan memang tak pandang kiri kanan..
Makanan yang ada tu.. Main pakai terkam..
Konfom2 la aku dah macam belon kan..
Tadi.. Pergi ambik gambar..
Untuk isi borang MSSP.. Biasa la kan..
Catur..
Hishhh!! Nape aku rasa.. Post kali ni macam berat sangat..
Susah nak diolah..
Payah diterjemah..
Ish3.. Bila mimi jadi blurr.. Buat semua bende pon rasa tunggang langgang..
So.. Sekarang ni..
Bila otak dah berhenti memproses idea..
Bila tangan dah tak daya nak menaip kata-kata..
Aku rasa..
Aku nak keluar dulu..
So,, aku tinggalkan post ni untuk tatapan korang semua..
Nak komen.. Kritik atau ape2 je la..
Dipersilakan..
Sekian.......Labels: post
Bila Mimi B.O.S.A.N
6:08 AM - Wednesday, April 13, 2011
Bosan yang teramat la sekarang ni..
Padahal homework berlambak..
Keje takyah cakap la..
Belom tentu habis walau digulung-gulung dek ombak..
Aku yang tengah kebosanan ni..
Akhirnya decide untuk menulis sepatah dua kata..
Buat mereka yang masih sudi menjenguk blog ni..
Yang menghubungkan mereka dan aku meski tanpa suara..
Kebosanan yang melampau telah menghanyutkan aku dan menyebabkan aku terdampar di sini..
Keseorangan..
Cuma aku dan bunyi ketukan di keyboard menghilangkan kesunyian yang bertamu..
Kala ini..
Kala semua orang ntah tengah buat pape..
Aku di sini.. Blogging macam orang gila..
Tak ingat dunia..
PMR makin mendekat..
Ilmu yang di ajar banyak lagi yang tak lekat..
Dah tak tau nak lekat guna apa.. Still tak lekat2..
Sampai aku rasa muka aku makin kelat n ketat..
Duduk depan laptop..
Beberapa minit sekadar nak lepaskan gian menaip..
Setelah tangan dah lenguh asyik melarikan pen yang sama di atas kertas untuk mencoret..
So.. Stop aktiviti coret mencoret pakai pen.. Kita menaip pulak sekarang ni
Sketsa Tanpa Suara
7:55 AM - Monday, April 11, 2011
Aku tak tau nak cerita apa..
Maybe nak share mimpi yang aku tak boleh lupa..
Sangat2 tak boleh lupa..
Dalam mimpi tu..
Aku mimpi jumpa seorang lelaki ni..
Aku tak kenal dan tak ingat muka dia..
Kabur masa tu..
Then, masa tu.. Aku tengah duduk.. Bila dia datang..
Aku anjak tempat duduk dan bagi dia duduk sebelah aku..
Masa tu jugak..
Aku rasa selesa dengan dia..
Tanpa sepatah kata.. Aku akui..
Aku dah jatuh cinta..
Dekat manusia yang memang aku tak kenal..
Manusia yang aku jumpa dalam mimpi..
Dengan dia..
Aku selesa..
Dengan dia..
Parents aku pun tak kesah..
Aku tak tau sape die..
Ye la kan..
Mimpi mainan tidur..
Tapi..
Aku still rasa lain je bila ingat balik..
Mesti aku tersenyum sorang-sorang..
Tak perlu lawak jenaka..
Tak perlu bersuara..
Ingat keadaan masa tu pun.. Dah boleh buat aku angau..
Ini cinta ke?
Of course la tak kan?
Ntah..
Aku takde conclusion pasal benda ni..
Cuma yang aku tau..
Aku namakan mimpi ni..
SKETSA TANPA SUARA,,
Dan aku telah jatuh cinta pada SKETSA TANPA SUARA tu..
Agak gila kan..
Apa2 pun..
Aku rasa SENGET!
kata 'dia',
peliknya cinta..
bila hati terpaut..
meski tanpa suara..
hanya mata yang berbicara, bait-bait kata...
tamat~Labels: post
Sumpah! Lawak!!!!
7:45 AM
Ya ALLAH!!!
Hahahahahaha..
Aku memang tak dapat nak menahan diri daripada tersenyum macam orang gila..
Kadang2 aku rasa macam nak gelak terguling-guling!
Nak dengar cerita aku tak?
Tapi.. Shhhhh...
Jangan bagi tau sesape tau..
1 hari.. Ada orang mintak no aku.. Aku kenal nama dia je.. Muka dia aku tak penah2 tengok..
Esok tu.. Die mesej aku..
Mesej punya mesej..
Die ade bagi tau yang die masuk pertandingan *****..
Pastu die mintak kapel..
Aku yang sememangnya ngok wal ngek ni.. Konfom la tak accept..
Aku nasihat la sikit2 kat dia.. (ececeh! nasihat!)
Pastu kan..
Satu hari ni..
Aku pergi la tuisyen..
Tetibe kan..
Aku dengar cikgu aku sebut name sebiji macam nama die..
Tapi,, aku tak kesah sangat.. Nama memang ramai yang sama..
Pastu.. Bila turn cikgu lain masuk..
Cikgu tu ade la bagitau nak buat something minggu depan..
Then.. 'Budak yang sama nama cam die' tu cakap..
Die tak boleh pergi sebab die masuk pertandingan *****..
Aku tak kesah sangat masa tu.. Tapi.. Tersentak la jugak..
Then.. Hari ni..
Aku dapat ilham untuk bukak fb die..
Sekali tengok muka..
Rupa-rupanya.. Die dan budak yang sama nama cam die tu..
Orang yang sama!
ARGHHHH!!
Sewel sekejap aku rase..
Hahahahaha..
Lawak kan..
So.. Sekarang ni..
Aku tak tau la nak buat ape..
Memang senget la!Labels: post
Permata Yang Dicari..
5:24 AM - Tuesday, April 5, 2011
Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi
Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini
Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu
Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu
Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu
-Aku tak tau kenapa..
Lagu ni.. Buat aku rasa semacam..
Tak patut kan?
Bajet la aku ni jiwang sangat..
Tapi sekali sekala jadi jiwang ape salahnya kan?
Hahahah..
Cakap pasal lagu ni..
Sedih dengar..
Tak tau kenapa..
Cewwah!!
Kalau kawan2 aku baca konfom punya la diorang gelakkan aku sampai tak cukup bumi..
Sadis sungguh..
Bila mimi yang brutal bertukar jiwang..
Dari minah ganas jadi kucing siam..
Boleh bayang?
Tak perlu lah..
Ade jugak yang muntah darah nanti..
Heheheh..
Lirik lagu ni..
Macam kena dengan aku..
Hadirnya.. Tanpa ku sedari..
Memang aku tak sedar masa 'dia' hadir..
Lama2 bila dah perasan..
Rasa tu datang..
Bukan cinta rasanya..
Tapi.. S-U-K-A kot..
Ntah.. MALDO EOPSI..
Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu..
Okeh.. Part ni..
Buat aku rasa..
Ya.. Aku mesti redha..
Bak kata lagu ni..
Kalau benar dia untukku, moga Allah dekatkan hatinya dengan hatiku..
Dush! Gila jiwang ayat!!!!!
Let it be..
Hahahahah..
So.. Papepon..
Aku kena pergi dulu..
Melakukan sesuatu selain daripada stay di sini dan memikirkan tentang dia yang mungkin sedang berbahagia!
HAHAHAH..
Ayat aku!!!! Dah masuk mood jiwang..
So..
Daaaaaa..
tamat~
Labels: lagu, post
Kenapa Perlu Menyesal dan Mengapa Perlu Tak Puas Hati?
11:57 PM - Friday, April 1, 2011
Sebab penyesalan buat aku lebih berhati-hati agar tak mengulangi kesilapan..
Sebab penyesalan mengajar aku erti musuh dan kawan..
Sebab penyesalan membuka mata aku agar lebih berhati-hati agar tiada hati yang aku lukakan..
Kerana tak puas hati mengajar aku untuk cuba menerima dirinya seadanya..
Kerana tak puas hati buat aku menilik semula diri sendiri sama ada layak atau tidak aku menjadi sahabatnya..
Kerana tak puas hati mengajar aku erti cinta sejati yang tidak menyimpang dari landasan agama..
Mesti berbelit otak korang nak fikir apa kaitan antara semua ayat yang aku tulis kan?
Tapi aku tak kesah.. Korang fikir la sendiri..
Sampai korang dapat tangkap meksud yang tersurat..
Sampai korang pun akan mengangguk bersetuju dengan buah fikiran aku..
Tak perlu mencemuh kalau tak nak terima apa aku cakap..
Tak perlu menentang apa yang aku kata..
Kalau tak suka.. Kemukakan pendapat korang..
Nape aku buat tajuk yang macam ni?
Nampak macam aku tak puas hati dengan orang kan?
Sebenarnya, takde apa pun yang aku tak puas hati sekarang.. Dan takde pulak aku rasa menyesal..
Cuma sekadar coretan di masa lapang..
Bagi melenyapkan typine problem aku ni..
So, jangan beratkan kepala fikir pasal apa yang aku kata..
Just terima dengan hati terbuka..
Sebab aku bukan jenis yang takde kerja..
Takde masa aku nak layan tentangan korang tentang apa yang aku kata..
Sekarang ni.. Time aku nak hilangkan stress yang semakin memberat..
Menjadikan kepala aku sesak dan serabut macam traffic light di waktu kemuncak..
Agar aku boleh kembali normal tanpa memikirkan masalah yang semakin lama menyesakkan otak..
Supaya aku masih kekal menjadi manusia normal tanpa sebarang kecacatan fizikal mahupun otak..
Ambil masa korang untuk memahami apa yang aku tulis..
Takde masa aku nak terang kan satu persatu..
Sebab aku sendiri pun sesak nafas macam ada dalam tin ikan bilis..
Ikan bilis ada tin ke? Lantak aku la.. Tin ke hape ke..
Yang penting aku masih aku yang dulu..
Cerita pasal hari ni..............
Alkisah aku di sekolah..
Berdebar la kononya nak tau dapat nombor berapa lontar peluru..
Rupanya nombor satu..
Hepi jugak la hati..
Pastu.. Ketemu dengan kawan-kawan aku..
Lelaki dan perempuan semua ada..
Borak sekejap.. Ambil gambar beberapa minit..
Then, sambung balik tengok acara..
Masa yang paling dinanti..
Rumah sukan mana yang dapat juara..
Rupa-rupanya wira a.k.a rumah sukan aku..
Memang bangga habis la..
Tapi.. tak sampai riak pun..
Serasa tangan dah penat..
Aku nak mengundur diri dulu..
Semoga bertemu di lain waktu..
kata 'dia',
menyesal, tak puas hati.. perkara biasa..
kemenangan pula menandakan bahawa anda sudah berjaya..
tamat~Labels: post
Terdampar di Negeri Asing..
9:14 AM
Tajuk je gempak..
Tapi sebenarnya aku masih di sini..
Di bumi Malaysia.. Yang aman damai dan harmoni..
Berada di bumi ini, tanah tumpah darahku..
Tapi. Bumi ini kian asing..
Terasa aku seperti tidak mengenali bumi yang pernah aku diami..
Yang tanahnya saban hari aku pijak..
Manusia yang berbagai ragam..
Yang terlalu mengikuti arus kemodenan..
Menjadi kan bumi yang menjadi kediaman ku ini terasa asing sekali..
Kini.. Aku merasakan yang aku hanyalah makhluk ganjil yang tinggal di bumi ini..
Ya.. Benar. Bumi ini kian asing..
Tidak seperti dulunya..
Tidak sama dengan waktu2 nenek moyang ku dahulu..
Arus politik pula makin mengaburkan mata masyarakat..
Yang terlalu memuja kepentingan wang..
Sehingga negara demokrasi ini dipenuhi rasuah..
Manusia tidak lagi mengenal halal haram..
Dek wang yang semakin mengaburi mata..
Aku tak tau apa nak jadi..
Yang aku tau..
Bumi yang pernah nenek moyangku diami..
Suatu hari pasti runtuh kerna takdir ketentuan pencipta azali..
Hanya DIA yang kekal abadi..
Ape kes dah masuk bab politik ni?
HAHAHA..
Aku kan suka mengarut..
So, lantak aku la nak cakap pasal ape..
Kalau nak baca.. Sila..
Kalau tak nak klik je x tu..
Aku tak kesah..
tamat~Labels: post