Padahal homework berlambak..
Keje takyah cakap la..
Belom tentu habis walau digulung-gulung dek ombak..
Aku yang tengah kebosanan ni..
Akhirnya decide untuk menulis sepatah dua kata..
Buat mereka yang masih sudi menjenguk blog ni..
Yang menghubungkan mereka dan aku meski tanpa suara..
Kebosanan yang melampau telah menghanyutkan aku dan menyebabkan aku terdampar di sini..
Keseorangan..
Cuma aku dan bunyi ketukan di keyboard menghilangkan kesunyian yang bertamu..
Kala ini..
Kala semua orang ntah tengah buat pape..
Aku di sini.. Blogging macam orang gila..
Tak ingat dunia..
PMR makin mendekat..
Ilmu yang di ajar banyak lagi yang tak lekat..
Dah tak tau nak lekat guna apa.. Still tak lekat2..
Sampai aku rasa muka aku makin kelat n ketat..
Duduk depan laptop..
Beberapa minit sekadar nak lepaskan gian menaip..
Setelah tangan dah lenguh asyik melarikan pen yang sama di atas kertas untuk mencoret..
So.. Stop aktiviti coret mencoret pakai pen.. Kita menaip pulak sekarang ni