Yang aku reka..
Masa mata tak reti nak tutup..
Walau lampu dah lama terkatup..
1. Kala Sepi Menambat Hati
Kesepian..
Kian menghambat diri..
Waktu berputar tanpa langsung mahu berhenti..
Dan.. Aku di sini..
Menghitung hari-hari yang ku habiskan sendiri..
Tanpa kata dan bicara..
Ku mengumpul kesabaran..
Kerana hidup di rantau orang..
Bersendirian.. Memang banyak cabaran..
Pabila masa makin suntuk..
Aku di sini.. Masih terus mengejarnya..
Walau kaki bagai dirantai..
Otot semakin mengendur..
Oksigen makin sukar disedut..
Sehingga aku akhirnya terkulai di suatu tempat tanpa nama..
Dan.. Sepi ini..
Masih terus berlanjutan..
Semakin menyiksakan..
Dan menjadikan aku keletihan dalam sebuah penantian..
Akhirnya..
Kala menunggu dalam sepi..
Ku temui peneman abadi..
Tuhan pencipta diri..
Dan aku.. Tidak lagi menanti dalam sepi..
Telah kutemui cahaya abadi..
2. Perpisahan
Perpisahan..
Mengapa perlu ada di setiap pertemuan..
Membuatkanku kecewa..
Meninggalkan luka dalam di jiwa..
Perpisahan itu.. Menggamit rasa..
Membuatkan air mata mengalir semahunya..
Tanpa bisa ku letakkan benteng untuk menyekatnya..
Kerana aku manusia biasa..
Yang tak rela dipisahkan dari sesiapa yang ku sayang..
Dan.. Dikala takdir tak memihak padaku..
Aku menangis sendiri..
Tanpa ada yang menemani..
Kerana..
Mereka memang tak memahami..
Rasa yang melanda diri ini..
Aku di sini..
Hanya menanti pada satu pengharapan..
Agar dia kembali ke sisi..
Membantu ku melalui hari demi hari..
Dalam setiap doa..
Nama nya ku selit..
Moga bisa dia mendengar..
Jeritan kelukaan dalam hatiku..
Yang mahukan dirinya..
Terkadang..
Rasa yang menghimpit jiwa langsung tak terduga..
Terpana jiwaku, saat merasainya..
Kerana ini pertama kalinya aku merasakan rasa seindah itu..
Walau tak kutahu nama nya..
Tapi.. Merasainya jadikan hatiku berbunga..
Merasainya.. Melenyapkan segala kecewa..
Hati bagai bunga yang kembang dengan mekarnya..
Namun.. Pabila rasa itu menghilang..
Aku bagai dalam kegelapan..
Meraba-raba tanpa hala tujuan..
Mencari rasa yang ku damba..
Yang perginya meninggalkan kesan di jiwa..
Walau hati tak bisa berbicara..
Mata hanya mampu menunjukkan reaksi berkaca-kaca..
Hati tahu maksudnya..
Rasa itu.. Dipanggil Cinta..
Cuma..
Cara manusia mengaplikasikannya berbeza..
Dan aku..
Memilih untuk menyerahkan rasa ini kepada pencipta..
Moga tertumpah segala rasa cinta..
Kepada dia yang menguasai segalanya..
Kerana..
Hanya dia yang berhak memilikinya..
*Ni lah hasil daripada..
Otak yang bekerja overtime..
Walau banyak kekurangan tatabahasa..
Korang layan je la..
Aku tak kira..
Sebab aku yang tentukan apa yang korang telah, sedang dan akan baca di sini..
Enjoy~
Labels: post