Dalam nak beraya..
Banyak hati nak kena jaga..
Terutama ibu dan bapa..
Sedar tak kita, mungkin hati parents kita terluka..
Cuba rewind balik..
Masa nak beli baju raya..
Macam2 baju yang korang mintak..
Alih2, masa raya..
Korang punya baju semua baru2..
Tapi, parents korang just pakai baju dari raya yang entah ke berapa..
Diorang sanggup berkorban untuk memenuhi kehendak korang..
Sampaikan keperluan diorang pun diabaikan..
Hailah! -_-''
Tak bersyukur nye aku, Ya Allah..
Mungkin ni kata2 yang patut diucap bila kita sedar segalanya..
Walau dah terlambat, at least kita sedar..
Tapi, sampai bila nak jadi anak yang mendesak..
Demi kepentingan sendiri, kita jadi orang yang selfish..
Betul ke tindakan kita?
Lepas banyak duit yang parents kita taburkan untuk kita, kita masih mendesak..
Selfish nya kita! -_-''
Dalam kemeriahan raya,
Mak korang pesan.. Dengan muka yang garang..
"Jangan main mercun..
Bahaya.. Nanti jadi apa2 dekat kau, kau tanggung lah sendiri.."
Tapi, nasihat tu, kita balas dengan cemikan..
Sampai satu masa..
Bila mercun tu betul2 mencederakan badan kita..
Kita menangis..
Mak jugak yang kita panggil..
Dan.. mak kita datang..
Menangis lebih parah daripada kita..
Masa tu.. Kita ucaplah tahniah kat diri kita..
Sebab dah berjaya buat mak kita yang gila punya garang..
Menangis just sebab kita sakit.. Padahal, dari awal dia kata nak suruh kita tanggung sendiri kalau jadi apa2..
Tapi, sanggup ke seorang ibu mahupun ayah, biarkan kita kesakitan..
Tanpa buat apa2..
Walaupun dia kata.. "Kau tanggung lah sendiri kalau jadi pape.."
Dia takkan biarkan kita macam tu je..
Dia pesan awal2 sebab taknak kau cedera..
Kerana akhirnya, dia yang menangis atas penderitaan kau..
Bahagia la kau kan?
Dapat buat parents kau menangis?
Masa dapat duit raya..
Mungkin ada sesetengah parents yang tak berkemampuan sangat2..
Sampai, dia mintak sikit ihsan daripada kau, anak dia untuk beri dia sikit duit tu..
Buat beli beras..
Tapi, kau tak bagi..
Ego nye kau!
Padahal, kalau nak banding duit raya kau dengan duit yang parents kau taburkan untuk sekolahkan kau..
Duit diorang lagi banyak dihabiskan tau!
Dasar kedekut.
Selfish!
Hailah.. -_-''
Kawan2..
Sampai bila kita nak buat mak ayah kita susah sebab kita?
Sampai bila kita nak biar diorang menangis atas penderitaan kita?
Pernah tak korang fikir?
Dah banyak kesusahan yang diorang alami sebab kita..
So, bersempena dengan raya ni..
Hulur tangan, mohon kemaafan dari mereka selagi berkesempatan..
Moga kita tak terus jadi anak derhaka yang sentiasa menyusahkan keluarga..
Akhir kata..Jadilah manusia yang menghargai pengorbanan ibu bapa..Muhasabah diri..Berdiri depan cermin, soal diri sendiri.."Cukup baik ke aku untuk parents aku?"
SALAM AIDILFITRI, SALAM KEDAMAIAN..
Wassalam~
Labels: post