Sekarang ni, jadual aku agak tak teratur..
Aku rasa macam aku sibuk..
Tapi, tak tau sibuk dengan apa..
Aku tak tau aktiviti apa yang aku buat..
Tau2, aku ada buat something..
Tapi, aku tak tau apa yang aku buat..
(hambek! ayat berbelit sekali!)
Ingat nak practice catur, tapi connection pulak low..
Kenapa connection ni!!
Meragam sokmo..
Online boleh..
Tapi, tak boleh nak ber'aktiviti'..
Hari ni, aku pergi ke lawan bola jaring..
Dengan SMKAA 1 and SMKAA 2 a.k.a SMKTS..
Korang cari la sendiri apa maksudnye..
Kitorang dapat nombor 2..
Okey la kan??
Better daripada tak dapat apa2..
Aku jadi GS..
Fasha GA..
So, both of us yang bertanggungjawab masukkan bola dalam gol..
Agak2 masuk tak??
Hahahaha..
Teka la sendiri..
Takde masa aku nak bagitau..
K bye..
Mood dah hilang dalam hutan!
wassalam!Labels: post
Sepanjang perjalanan balik tadi,, aku fikir..
Perlu ke aku mintak maaf kalau aku takde rasa ape2 dekat die?
Perlu ke aku fikir apa die rasa, kalau memang aku rasa zero bila dengan dia?
Aku tak boleh jawab, soalan yang aku sendiri tanya..
Aku tak tau apa aku rasa..
Sepanjang tahun ni, aku deny apa aku rasa..
Bab kata kawan aku, I'm a denier..
Indeed! I am..
Sekarang pulak aku fikir..
Salah aku ke bila aku approve dia??
Salah aku ke bila aku sakit mata tengok dia??
At the end, jiwa merana..
Kalau aku hanya anggap dia kawan..
Kenapa tiap kali aku layan dia acuh tak acuh aku rasa terkilan??
Kawan ke namanya tu??
Ntah apa yang aku buat..
Aku rasa tak kena..
Padahal, aku tak tau apa dia rasa..
Lumrah manusia ke, rasa terkilan bila buat salah dengan orang yang dia suka??
Ntahlah..
Yang pasti, aku taknak jalani lumrah tu..
Aku taknak rasa bersalah dekat benda yang aku tak pasti..
Siapa dia pada aku??
Soalan yang tak henti2 bergema dalam minda..
Soalan yang tiada jawapannya pada aku..
Yang aku boleh buat..
Smile tu reduce the pain..
Pain ke??
Rasanya sekarang ni, aku dah ada cara baru untuk kurangkan pain..
Untuk hilangkan rasa gemuruh..
Untuk buat 'dia' tak sedar apa aku rasa..
Berlagak macam aku ni stonehearted..
And aku berjaya..
Aku berjaya tunjukkan senyum pura-pura aku depan dia..
Padahal senyum tu penuh dengan rasa sakit..
Aku tak tau, tu ke yang aku nak..
Stonehearted dah sebati kot dengan aku..
Tak percaya??
Aku dah kurang senyum sekarang..
Semua pun, fake..
Ntah apa masalah aku..
Tak sempat aku nak detect..
Kalau boleh..
Semua pasal dia aku nak lupa..
Sampai aku pernah mintak untuk hilang ingatan tentang dia..
Hanya tentang dia..
Teruk sangat ke dia??
Jawapannya, tak..
Dia takde buat salah apa2..
Tapi, bila aku dah jadi semakin fake sebab dia..
Aku mula salahkan dia..
Padahal, sikit pun dia tak salah..
Sorry untuk dia..
Sebab banyak salahkan dia..
Sedangkan dia tak tahu apa..
Semua ni salah aku..
Puncanya daripada aku..
Bila aku gatal2 mulakan conversation dengan dia..
Although aku tahu sape die..
Masa tu.. Aku tak rasa pape dekat dia..
Hanya kawan..
Kawan semata-mata..
Sekarang..
Semua dah bertukar..
Bukan je status dia di mata aku..
Tapi, diri aku sendiri pun dah berubah..
Perlu ke aku penat2 tulis semua ni kalau takde apa2 rasa pada dia??
Perlu ke aku lenguhkan tangan aku semata-mata nak luah pasal dia..
Huh! -_-''
Siapa pun dia pada aku..
Siapa jua dia dalam hati aku..
Tak penting rasanya..
Sebab apa yang penting..
Siapa yang memang benar pasti jadi milik aku..
Bukan dia..
Bukan juga siapa2..
Tiada yang tahu..
Yang tahu hanya Allah..
Tapi. andai dia orangnya..
Reaksi macam mana harus aku tunjuk??
Bahagia??
Bahagia ke aku??
Hanya tuhan yang tahu..
Tekad aku sekarang..
Aku pasti cuba buang segalanya tentang dia..
Dari hidup aku..
Tapi kenapa ketika aku dah bertekad, sesungguhnya, dia hanya akan ku jadikan kenangan..
Dia datang mencipta kisah baru??
Yang makin menyukarkan aku melaksanakan tekadku..
Hai..
Cinta monyet budak2 aku..
Memang tragis..
Dan tempat aku labuhkan tirai CINTA MONYET kali ini..
Salah sama sekali..
Tak tau sama ada aku yang buta menilai atau memang dia destinasi seterusnya yang Allah tetapkan untuk aku labuhkan tirai cinta monyet ni..
Wallahualam..
Berjumpa dengan dia satu ketentuan..
Berkawan dengan dia memang kemahuan..
Tapi sukakan dia, jauh dari sangkaan..
Sebagaimana aku langsung tak sangka tirai cinta monyet kali ni berlabuh padanya..
Aku harap rasa ni akan pergi bila tiba masanya..
Dan moga rasa ini, takkan berlabuh di mana2 tempat yang salah lagi..
Andai rasa ni tak pergi sampai bila2..
Aku pasti redha atas ketentuannya..
status : masih menanti sesiapa yang sanggup cakap..
NOW AND FOREVER.. I WILL BE YOUR MAN..
p/s diadaptasi dari cerita benar..
wassalam~Labels: post