Warkah buat sahabat (Emo mood)
5:04 PM - Sunday, January 22, 2012
Ya Allah,
Jika ditakdirkan kami berpisah,
Kau bantulah kami meredhakan segalanya.
Hari ni,
aku nak cuba menerima kenyataan.
Aku cuba meredhakan perpisahan yang bakal bertandang.
Sebak di hati akan cuba ku buang.
Meski, yang tinggal hanya kekecewaan yang mendalam.
Kawan-kawan,
Pergilah kalian berjuang.
Aku pasti takkan menghalang.
Cuma ku mohon, sematkan diriku dalam kenangan.
Andai suatu saat,
Kerinduan menyapa hatimu,
Ingatlah, bahawa aku di sini juga pasti begitu.
Jika suatu masa, kau sedih di sana,
Ingatlah, aku di sini selalu mendoakan kau bahagia.
Suatu masa,
kita pasti bertemu semula.
Merapatkan hubungan silaturrahim yang pernah kita bina.
Sahabat, walau hari ini kau pergi,
Aku tahu, pergimu untuk mencapai cita-cita.
Membanggakan nama keluarga dan agama.
Pergilah sahabat.
Redhaku bersamamu.
Restuku mengiringi setiap langkahmu.
Insyaallah, takkan ku tangisi dirimu.
Bersama kekuatan bertunjangkan ketabahan,
Aku akan lihat kau pergi dengan senyuman.
Moga tiada air mata yang membasahi pipi.
Moga mutiara jernih itu kita simpan rapi.
Untuk kejayaan 11A+ yang akan sama-sama kita perolehi.
Mari sahabat, mari teman.
Kita letakkan titik noktah kesedihan.
Kita sama2 berjuang.
Demi kejayaan.
Sesekali,
singkaplah memori kita bersama.
Bukalah jendela kenangan tentang kita.
Kenanglah aku sebagai insan yang pernah buat kau ketawa,
Yang pernah meminjamkan bahu kala kau kecewa.
Bantulah aku sahabat.
Jangan menangis kala kau tinggalkan kami.
Berilah aku kekuatan untuk menghadapi hari kepergianmu.
Tunjukkanlah kepadaku, bahawa kau bahagia untuk ke sana.
Jangan tinggalkan rasa terkilan dalam hatiku.
Kan kudoakan, kau berjaya dan bahagia di sana.
Temanku,
jika kau pernah bersalah padaku,
telah aku maafkan.
Telah aku hapuskan.
Dan kuharap, kau juga mengampuni silapku.
Mari sama-sama kita menadah tangan,
Berdoa meminta kekuatan.
Agar kita dapat bertahan, hingga pertemuan di masa depan.
Sekian, warkahku buat sahabat.
ikhlas,
manusia yang cuba menerima hakikat.
Labels: post
Selamat Tinggal. :)
3:30 AM
Kita ditakdirkan jumpa dan juga berpisah.
Sedih tu memang sedihlah.
Tercarik la jugak hati ni bila fikir balik yang lepas ni. kawan2 nak pindah.
Tapi, bak kata someone, yang patah tumbuh, hilang berganti.
Tapi, insyaallah, korang takkan ada pengganti.
Insyaallah, dalam hati saya, korang tetap yang terbaik.
Kawan2,
Saya ucapkan selamat berjuang di medan perang yang baru.
Walau kita berbeza haluan, tapi matlamat kita tetap satu kan?
Berjaya dalam hidup.
Saya harap korang takkan lupa saya.
Saya mintak maaf kalau ada salah silap sepanjang kita kenal.
Maklumlah, saya ni kan sewel sikit dalam kelas.
Sorry banyak2.
Nak reveal sikitlah secret sepanjang tahun lepas.
Mula2 diumumkan masuk 3K, masa tu tersentap hati.
Dalam otak dah terfikir macam2.
Sebab banyak cerita pernah saya dengar pasal korang2.
Saya takut kalau bila masuk kelas K saya takleh concentrate.
Tapi, lepas dah masuk kelas K, saya rasa episod hidup saya berubah.
Lebih happy daripada biasa.
Dalam hari2 yang happy tu, terselit jugak satu hari yang buat saya sakit hati.
Hari tu, saya rasa nak tukar kelas.
Saya tanya pendapat kawan2 di J.
Mereka sokong je.
Sebab katanya saya mampu.
Bagitau umi n papa, diorang pun okey je.
Hari tu, saya takut nak stay kelas tu.
Takut tak boleh nak cocentrate.
And ada sorang manusia yang tau apa jadi pada hari tu.
Hari2 seterusnya, saya keep on berfikir, patut tak saya tukar kelas.
Then, ada satu hari, hati saya diterbalikkan untuk stay kat situ.
Saya terima pertukaran kelas dengan hati terbuka.
Lepastu, memang dah takde rasa nak tukar kelas.
Alhamdulillah.
Saya pasrakan hati, redhakan diri.
Berfikir dan percaya ada hikmah di setiap semuanya.
Dan saya terlalu happy kat situ.
Untuk kawan2 di 3KREATIF,
Saya mintak maaf sebab pernah berfikir yang tidak2.
Mintak maaf sangat2.
End of my secret~
Tahun ni, bagi mereka2 yang tukar,
Selamat berjaya, dan selamat tinggal.
Terima kasih sebab pernah jadi kawan saya di SMART.
Pernah buat saya happy.
Dan pernah buat saya kenal diri sendiri.
Terima kasih.
Special dedicated buat ahli2 G.LA yang akan tinggal SMART.
Saya sayang korang.
Hidup baik2 kat tempat baru.
Korang still part of G.LA.
Insyaallah, takde pengganti.
To budak sebelah saya in 3K, Una.
Huh, I'll miss you. Awak selalu buat saya ketawa.
Thanks una. Lepasni, jenuh la saya merecall balik kenangan2 kita gelak sama2.
To my arabic teacher, Fairy.
Thanks sebab pernah tolong saya dalam banyak hal.
Memang karen awak saya tak dapat lupa.
And, yes. Saya akan rindu awak budak ngok.
To kawan2 yang lain.
Bila dah melangkah tinggalkan SMART.
Jangan lupa kami.
Thanks dekat korang yang selalu ada dengan saya.
Mintak maaf bagi yang tak disebut nama.
Last but not least,
I love you all.
Biarlah perpisahan ini disulami keriduan yang memekar dari hari ke hari.
Panjang umur, murah rezeki,
Kita pasti jumpa lagi hari reunion nanti atau bila2 hari. Till we meet again.
All the best,
Aina Syamimi.
wassalam~Labels: post
Mencari Wawasan Diri
9:36 AM - Tuesday, January 17, 2012
Salam readers digest semua!
Hari ni, during sivik time, kitorang kena buat peta minda tentang WAWASAN DIRI!
Bila cikgu suruh mula menulis, aku ambik pen, ambik testpad.
Satu ayat, dibentuk.
1) Mencapai 11A+ dalam peperiksaan SPM.
Masuk yang kedua, aku stuck.
Tiba-tiba aku perasan.!
Selama aku hidup atas muka bumi ni, aku tak pernah plan hala tuju hidup aku secara serius.
Aku tengok kertas, idea macam lost.
Dan akhirnya, aku tulis.
2) Memasuki universiti dan mengambil course medic.
Separuh hati aku tulis ayat tu, sebab hati yang lagi separuh tak tau apa aku nak.
Yang ketiga, aku masih stuck.
Dan aku baru tau, rupa-rupanya, aku memang tak tau apa2 pasal apa yang akan aku buat.
Berapa tahun ambik medic, umur berapa boleh jadi doktor, etc.
Harini, aku baru sedar.
Hidup aku selama ni tak pernah ada tujuan.
Mungkin aku dah setkan otak aku, aku nak jadi doktor.
Tapi, aku tak tau apa yang perlu aku lalui untuk menjadi seorang doktor.
Aku pandang kiri, kanan.
Aku pandang Zenith dari kejauhan.
Cuba melakar dalam minda, hala tuju masa depan.
Aku tengok langit cerah dan berfikir.
Secerah itukah masa depan aku nanti?
Tapi, aku takde jawapan.
Selepas beberapa ketika, akhirnya.
Hala tuju hidup aku dah siap dilakar.
Walaupun tak lengkap sepenuhnya, tapi aku tetap berpuas hati.
Kerana aku akhirnya manusia yang punya wawasan diri.
Bukan manusia yang hidup atas minat.
Tapi, tak tau apa yang perlu aku buat.
At least, hari ni aku boleh berbangga walau seketika.
Kerana aku punya matlamat.
Dan aku insyaallah, pasti berusaha!
Dan dengan izinnya juga aku pasti berjaya!
wassalam~Labels: post
Assalamualaikum
1:22 AM - Monday, January 16, 2012
Huh, penat kot..
Baru balik sekolah..
Naik bas yang tak ber'air-cond'..
Rasa macam kena bakar bila cahaya matahari dari luar menerobos masuk ikut cermin lutsinar bas..
Balik je, terus masuk dapur, masak maggi..
Buat air.. Bila maggi siap, isi bawah saji and masukkan air dalam peti..
Lepastu, pergi sembahyang..
Menunaikan kewajipan sebagai sorang muslim..
Then, makan n online at the same time..
Chat and blogging..
Nak cakap pasal apa pun tak tau..
Just saje2 menulis untuk lepaskan lelah memerah otak di sekolah..
Menulis untuk meluahkan segala yang bersarang di minda..
Dekat sekolah tadi, apa je yang jadi..
Macam nothing special..
Masa agama yang best for sure..
Act, tengah waiting untuk strimming kelas..
Ada rasa sedih nak berpisah dengan kawan-kawan sekarang..
And rasa excited untuk sekelas dengan kawan-kawan lama..
And tak sabar tunggu kehadiran budak baru..
"Owh, gatal!"
"Takdelah! Nak tambah kawan je.."
Hahaha..
Buat kerja gila di siang hari..
Tak salah kan asal tak menyusahkan orang?
Heh, tak tau nak taip apa lah..
Macam takde cerita je untuk dikongsi..
Bored nya..
And I think, it's time to go..
Nak buat kerja sekolah, solat and everthing yang patut lah..
p/s hari ni, ayat aku sedikit lain macam kan?? biasa lah, D.r A.S ni berangan nak jadi penulis novel..
ayat kene lah sastera sikit..
wassalam~Labels: post
Comeback!
5:02 AM - Friday, January 13, 2012
Huh, daa lama tak update blog nih..
Bukan takde masa, malas jek..
Since hari ni, tetibe ada perasaan nak update blog,
I put my hand on the keyboard and start typing..
Tangan dah start malas sebenarnya, tapi aku gagahkan jugak nak menulis..
Start the story, about me and life..
As most of us know, school had started on last week..
And we, the SMARTIAN had to sit for diagnostic test
which will determine which class we'll be in..
For me, the hardest test is history since
i'm a big anti-fan of history during my lower form.. Yes, I did.
(I'm an anti-fan of the SUBJECT, not the teacher.. do understand it well, okey..)
There's such a feeling of vomiting, maybe,
during I'm taking the test bcause, it's difficult!
I couldn't remember a thing!
And, of course,I'm answering the question using my bullet shoot..
Bang! Bang! Boom!!
Hopefully, the result won't 'shoot my head back'!
Other than the two-day-test,
I don't think I have any topic to talk about..
Do you have any?
Glad if you could ask me..
Heh, buat lawak pulak dah..
Apa lagi ek??
See, I'm mixing the languange..
Still, u're fortunate bcause I didn't mix 'my speech'
with arabic and broken hangul..
Owh, yah! This year suppose to be an extreme year for me, I think..
Besides than gonna play in under 16 girl
for chess (first time), I'll have to learn new subjects..
And it's gonna be 11..
I also had been appointed as MISS SECRETARY for chess..
Without any knowledge of secretary scop of work,
I took that as my responsibility..
Huh, how hectic my previous day was!
And today, I took an 'emergency leave'!
(The word describing I didn't go to school is EL rite? I'm not really sure actually..)
Considering the fact on how busy I am
since the school started, it's great to enjoy my 'holiday'
when everyone was busy at school!
It's a joke! Don't get me wrong!
The true story was....
Oh! I don't feel that you, readers should know.
Let me be the one.. Keeping my own secret.. :P
No offence!
Okeylah readers..
The time had come..
I've to go..
Jumpa di lain masa, Insyaallah..
Moga Allah melabuhkan tirai cintaku di destinasi yang benar, amin..
wassalam~
Labels: post