Ya Allah,
Jika ditakdirkan kami berpisah,
Kau bantulah kami meredhakan segalanya.
Hari ni,
aku nak cuba menerima kenyataan.
Aku cuba meredhakan perpisahan yang bakal bertandang.
Sebak di hati akan cuba ku buang.
Meski, yang tinggal hanya kekecewaan yang mendalam.
Kawan-kawan,
Pergilah kalian berjuang.
Aku pasti takkan menghalang.
Cuma ku mohon, sematkan diriku dalam kenangan.
Andai suatu saat,
Kerinduan menyapa hatimu,
Ingatlah, bahawa aku di sini juga pasti begitu.
Jika suatu masa, kau sedih di sana,
Ingatlah, aku di sini selalu mendoakan kau bahagia.
Suatu masa,
kita pasti bertemu semula.
Merapatkan hubungan silaturrahim yang pernah kita bina.
Sahabat, walau hari ini kau pergi,
Aku tahu, pergimu untuk mencapai cita-cita.
Membanggakan nama keluarga dan agama.
Pergilah sahabat.
Redhaku bersamamu.
Restuku mengiringi setiap langkahmu.
Insyaallah, takkan ku tangisi dirimu.
Bersama kekuatan bertunjangkan ketabahan,
Aku akan lihat kau pergi dengan senyuman.
Moga tiada air mata yang membasahi pipi.
Moga mutiara jernih itu kita simpan rapi.
Untuk kejayaan 11A+ yang akan sama-sama kita perolehi.
Mari sahabat, mari teman.
Kita letakkan titik noktah kesedihan.
Kita sama2 berjuang.
Demi kejayaan.
Sesekali,
singkaplah memori kita bersama.
Bukalah jendela kenangan tentang kita.
Kenanglah aku sebagai insan yang pernah buat kau ketawa,
Yang pernah meminjamkan bahu kala kau kecewa.
Bantulah aku sahabat.
Jangan menangis kala kau tinggalkan kami.
Berilah aku kekuatan untuk menghadapi hari kepergianmu.
Tunjukkanlah kepadaku, bahawa kau bahagia untuk ke sana.
Jangan tinggalkan rasa terkilan dalam hatiku.
Kan kudoakan, kau berjaya dan bahagia di sana.
Temanku,
jika kau pernah bersalah padaku,
telah aku maafkan.
Telah aku hapuskan.
Dan kuharap, kau juga mengampuni silapku.
Mari sama-sama kita menadah tangan,
Berdoa meminta kekuatan.
Agar kita dapat bertahan, hingga pertemuan di masa depan.
Sekian, warkahku buat sahabat.
ikhlas,
manusia yang cuba menerima hakikat.
Labels: post